Hari ke-2
Memula sekali, aku nak ucapkan Tahniah kepada blogger yang berjaya menjawab soalan Pak Abu.
Tahniah Arisa Mihashi
Seterusnya, aku nak sambung membebel lagi. Kali nih, aku nak bagitau tentang kire-kire Matematik. Korang pernah belajar tajuk limit (had)? Cikgu aku selalu ngajo limit nih. Aku pon main hafal je la. Sebab belum cukup ilmu nak membuat kajian pasai had-had nih. Cikgu aku kabo,
when x approaches to infinity, 1/x = zero (0).But,1/infinity = zero(0) ----- persamaan pertama
when x approaches to zero (0), 1/x = infinity.
1/0 = infinity----- persamaan kedua
So, hari ini aku nak kaitkan bendalah nih dengan kehidupan kita.Heh, jangan persoalkan hipotesis aku sebab aku menulis bukan untuk mengutuk orang tapi untuk menjalankan neuron-neuron dalam otak aku supaya ligat sikit berfikir mencari idea.
Berdasarkan persamaan pertama:
Katakan x = kekasih/skandal
Bila kita ada ramai kekasih/skandal (analogi bagi infiniti), kita perlu membahagikan masa/duit/kasih sayang kepada ramai orang sehingga akhirnya kita takde masa untuk berehat sebab bergilir-gilir dating dengan aweks-aweks,poket kita kering (zero cent) sebab setiap kali kuar dating kita yang kena belanja dia, yang paling parah sekali,kita tak dapat (0)kasih sayang bilamana aweks-aweks kita tahu yang kita curang......
Sebaliknya,
Berdasarkan persamaan kedua:
katakan x = kekasih/ skandal
Bila kita takde kekasih (0), kita tak perlu bahagikan duit kita dengan siapa-siapa sebaliknya kita boleh menabung di ASB dan akhirnya duit kita mengembang-biak tahun demi tahun. Setelah cukup wang simpanan, kita bolehlah menyunting seseorang untuk dijadikan pasangan yang halal dan akhirnya kita mendapat mendapat kasih sayang dari pasangan dan kenikmatan hidup yang infiniti & zuriat yang suci yang bakal menyerikan lagi hidup kita ...InsyaAllah
Keh..keh..keh.. Ini hipotesis aku. Aku dah jalankan ujikaji bagi persamaan pertama, dan hipotesis dibuktikan hampir benar... Untuk Persamaan kedua, aku sedang apply sekarang nih...
Korang setuju? tak setuju....sudah!
(korang ada formula lain? Meh,bagi aku tengok formula korang pulak)
13 budak terer maths:
hahahaha
entah
aku bab2 mat nih lemah sikit
aku setuju je la kut hipotesis ko tu
ekekekek
Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen
wah . .
math ni nelly memang tak suka dan lem,ah .
haha . .
siap campur sains tu
hehehehe
hipotesisi lagi ..
=)
hehehe...bijak bijak...mina pun xterpikir nk kaitkan formula math dgn kehidupan seharian...
buta math ckit...
@hans
haha..terima kasih kerana bersetuju dengan aku...
@nelly
hehe..maths & sains tak boleh dipisahkan. Ibarat blogger dengan internet :)
@KUREKURE COMEL
baru berjinak-jinak dengan dunia maths. Sebelum nih tak pernah terfikir pon...hehe..ikut kreativiti sendiri
wahhh.best2.betol formula anda.
@Arisa Mihashi
terima kasih sudi baca :)
ape lancau ni.lol
the first formula and ur explanation seems to be ok just the 2nd formula abit confuse. btw. nice theory. xD
@k.a.s
thanks for reading & comment.
hehe,maybe its too wordy & not really related... TQVM
wehh..ak mmg pening baca bab-bab matematikaa ini...tolonggggg.;p
tp xkan nak duk sorang wehhh..siapa nak diajak main teng-teng kee..nak jugak berduaaa;p
npe xupdate?T___T
Post a Comment